Selamat Datang

Selamat Datang ke Buku Second Hand. Disini terdapat semua novel, komik dan manga second hand dan juga baru pada harga yang sangat berpatutan.

Semua barang-barang berkeadaan elok.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

sms :0179295087

emel : bugeenazihah@yahoo.com

atau tinggalkan pesanan anda di shoutmix dibawah

Thursday 15 April 2010

Tak Seindah Mimpi

Tajuk : Tak Seindah Mimpi
Terbitan : Alaf 21
Kondisi :  Terpakai
Harga :RM15
Sinopsis:
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi. Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah. Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka? Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

1 comment: