Terbitan    : Alaf 21
Kondisi          :  Terpakai
Harga   :RM12
Sinopsis: BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda  pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata  juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya.  Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal  menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar  mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada  pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya,  ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik,  putuskan saja.” Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga.  Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim  kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali  lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya  selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa  sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada  isteri, di mana letaknya bahagia itu? Peliknya cinta... walau dilukai  berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu  mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh  diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami  seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak  suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba  menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”

 
No comments:
Post a Comment