Terbitan    :  Alaf 21
Kondisi           :  Terpakai
Harga   :RM15
Sinopsis: Kekosongan jiwa  Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani  kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya  bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah  ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi. Namun, segala-galanya  berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat  kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah  kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran  dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.  Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan  simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong  ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan  berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar  luka? Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak  Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan  kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan  ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah  yang diimpikan. 

 
yg ni hrga trmsok pos ke?
ReplyDelete