Selamat Datang
Selamat Datang ke Buku Second Hand. Disini terdapat semua novel, komik dan manga second hand dan juga baru pada harga yang sangat berpatutan.
Semua barang-barang berkeadaan elok.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
sms :0179295087
emel : bugeenazihah@yahoo.com
atau tinggalkan pesanan anda di shoutmix dibawah
Semua barang-barang berkeadaan elok.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
sms :0179295087
emel : bugeenazihah@yahoo.com
atau tinggalkan pesanan anda di shoutmix dibawah
Sunday, 21 November 2010
Sale
Bukan Tak Sudi-Mimie Afnie-RM15
Bunga Syurga-Anita Aruszi-RM15
Badai Di Hati-Fazie Hanna-RM10
Anugerah Cinta-Nurmi Syakimi-RM12
Sepi Tanpa Cinta-Damya Hanna-RM11
Bidadari Hujan-Noor Azzahra-RM15
Mengukir Bahagia-Hani Fazuha-RM13
Sukma Rindu-Fariza Zuliana-RM5
Egois-Norhayati Berahim-RM5
Cinderela-Siti Rohayah Atan-RM5
Ada Cinta-Rina Farizq-RM10
Dot Com Sana Dot Com Sini-Najwa Mohd Ghazali-RM5
Kembara Cinta-Dia Azura-RM12
Rasuk-Zyra Safiya-RM13
Sejernih Air Di Kali-Myzara Ab.Fatta-RM10
Duri-Fauziah Ashari-RM15
Jiwa Merindu-Erin Zehana-RM10
Janjiku Bersamamu-Aleya Annesa-RM10
Mencari Jalan Ke Syurga-Hasliza Ismail-RM12
Memori-Naz Areesya Ameen-RM10
Tiada Noktah Cinta-Emma Maizura-RM10
Senyuman Manismu-Rania Firdaus-RM12
Andai Terbuka Hatimu-Siti Zubaidah Haris-RM3
Julia-Zaifuzaman Ahmad-RM5
Untuk Awak Teja Aulia-Syud-RM13
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem-RM10
Kerana Dikau-Siti Farhan Mohamed-RM5
Ilustrasi Sekeping Hati-Khairul Aswad Ramli-RM3
Maya-Khairul Aswad Ramli-RM5
Pertaruhan Naluri-Radzemah Bolhasan-RM5
Diam-Diam Rindu-Syahirah Ibrahim-RM15
Seindah Gubahan Kasih-Mina Mahanie-RM12
You Ni..Ayat-Ayat Jiwa-Putaraery Ussin-RM12
SALE..
SMS 0145028104 ATAU EMEL mcdcaffrey@yahoo.com DENGAN SEGERA JIKA BERMINAT
HARGA TIDAK TERMASUK KOS POS
Sunday, 13 June 2010
Tambahan Novel
Jodoh Atau Cinta-Iman Nizrina-Kaki Novel-Baru-RM19
Seindah Gubahan Kasih-Mina Mahanie-Kaki Novel-Terpakai-RM14
You Ni..Ayat-Ayat Jiwa-Kaki Novel-Terpakai-RM15
You Ni..Ayat-Ayat Jiwa-Kaki Novel-Terpakai-RM15
Thursday, 10 June 2010
Sunday, 16 May 2010
Kembara Cinta
Tajuk : Kembara Cinta
Terbitan : Buku Prima
Kondisi : Terpakai
Harga :RM10
Sinopsis: Perhubungan antara Darin Madihah dan Hairy Hafizi ketika di alam kampus mendapat restu. Namun setelah tamat pengajian, Encik Osman menghalang perhubungan mereka.
Monday, 10 May 2010
Koleksi Ramalan Matematik Untuk Semua Peringkat Peperiksaan
FORMULA PENYELESAIAN
Dalam usaha memantapkan pemahaman pelajar dalam subjek Matematik, kami di telah memperkenalkan Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 bagi Semua peringakat iaitu Matematik Moden dan Matematik Tambahan bagi SPM,Matematik PMR dan juga Matematik UPSR.
Keterangan lanjut boleh klik banner di bawah
Saturday, 1 May 2010
Memori
Tajuk :Memori
Terbitan : Buku Prima
Kondisi : Terpakai
Harga :RM12
Sinopsis: Dia tidak pernah merungut tatkala tanggungjawab rumahtangga terbeban di bahunya seorang. Malangnya, dia dihukum sebelum diadili. Haruskah dia menyerahkan kasihnya yang masih bersisa di dalam hati? Atau, dia harus memberi kepada yang lebih berhak memiliki?
Tuesday, 27 April 2010
Kau Yang Satu
Tajuk : Kau Yang Satu
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Baru
Harga :RM14
Sinopsis: Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?
Thursday, 15 April 2010
Tak Seindah Mimpi
Tajuk : Tak Seindah Mimpi
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM15
Sinopsis: Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi. Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah. Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka? Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.
Tuesday, 13 April 2010
Tiada Noktah Cinta
Tajuk : Tiada Noktah Cinta
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM10
Sinopsis :
Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan 'tomboy' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah. Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan
Friday, 9 April 2010
Mengukir Bahagia
Tajuk : Mengukir Bahagia
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM12
Sinopsis: BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.” Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu? Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”
Wednesday, 7 April 2010
Kembalikan Cintaku
Tajuk : Kembalikan Cintaku
Terbitan : NB
Kondisi : Terpakai
Harga :RM18
Sinopsis: Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia mememohon untuk merasa untuk sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya…
Tuesday, 6 April 2010
Matahari Cerah Lagi
Tajuk : Matahari Cerah Lagi
Terbitan : Kaki Novel
Kondisi : Baru
Harga :RM21.90
Sinopsis: Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.
Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?
Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.
Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.
Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.
Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.
Duri
Tajuk : Duri
Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.
Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
Terbitan : Intens Media
Kondisi : Terpakai
Harga :RM15
Sinopsis: DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.
Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
Tiada Sepertimu
Tajuk : Bunga Syurga
Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.
Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.
Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?
Terbitan : Kaki Novel
Kondisi : baru &
Harga :RM24&
Sinopsis: Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.
Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.
Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?
Bunga Syurga
Tajuk : Bunga Syurga
Hijjaz – Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.
Terbitan : Kaki Novel
Kondisi : Terpakai
Harga :RM17
Sinopsis: Riffki – Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.Monday, 5 April 2010
Little Pink Slips
Tajuk : Little Pinks Slip
Shunted off to the darkest corners of executive purgatory — an overlooked back office she shares with a cockroach or two — Magnolia seethes from the sidelines as Bebe turns her beloved, once-profitable Lady into a sideshow. As things go from bad to worse, Magnolia fears that her career will never recover, but even she can't predict how deeply satisfying her eventual triumph will be. And not just at work: amidst the frenzy of backstabbing at the office, Magnolia finds Mr. Right in a city of Mr. Not-Quites.
Inspired by real-life events, Little Pink Slips is about the fall, rise, and sweet revenge of a woman who witnesses corporate shenanigans at their most flagrant. Filled with gossipy revelations about celebrity obsession and behind-the-scenes details of the media business in all its malfeasant glory, this novel is delicious, can't-stop-reading fun
Format: PDF
Harga :RM3
Sinopsis: On the towering stilettos of The Devil Wears Prada comes a biting, mordantly funny debut novel about the extremely unladylike business of publishing a very ladylike magazine. Once there was a little girl from Fargo, North Dakota, named Maggie Goldfarb who grew up, moved to Manhattan, and morphed into Magnolia Gold, the highly paid editor in chief of Lady magazine. With a corner office, a designer wardrobe, and dozens of loyal employees, Magnolia has been hired to update the dowager of women's magazines. She's on her way to giving Lady a face-lift when she is ignominiously replaced by Bebe Blake, a brash television personality who remakes the magazine in her own hilariously inappropriate image. With her ketchup-red hair, skintight clothes, and penchant for "boy toys," Bebe is more out of control than a speeding limo. Maddeningly unpredictable, she confounds everyone at the newly christened Bebe with her personal vision of what a women's magazine should be, and baffles them further with her bawdy sense of humor and over-the-top generosity.Shunted off to the darkest corners of executive purgatory — an overlooked back office she shares with a cockroach or two — Magnolia seethes from the sidelines as Bebe turns her beloved, once-profitable Lady into a sideshow. As things go from bad to worse, Magnolia fears that her career will never recover, but even she can't predict how deeply satisfying her eventual triumph will be. And not just at work: amidst the frenzy of backstabbing at the office, Magnolia finds Mr. Right in a city of Mr. Not-Quites.
Inspired by real-life events, Little Pink Slips is about the fall, rise, and sweet revenge of a woman who witnesses corporate shenanigans at their most flagrant. Filled with gossipy revelations about celebrity obsession and behind-the-scenes details of the media business in all its malfeasant glory, this novel is delicious, can't-stop-reading fun
Rahsia Hatiku
Tajuk : Rahsia Hatiku
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM15
Sinopsis : Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya. Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?
Sunday, 4 April 2010
The Road
Tajuk : The Road
masterpiece.
A father and his son walk alone through burned America. Nothing moves in the
ravaged landscape save the ash on the wind. It is cold enough to crack stones, and
when the snow falls it is gray. They sky is dark. Their destination is the coast,
although they don't know what, if anything, awaits them there. They have nothing;
just a pistol to defend themselves against the lawless bands that stalk the road, the
clothes they are wearing, a cart of scavenged food — and each other.
The Road is the profoundly moving story of a journey. It boldly imagines a future in
which no hope remains, but in which the father and his son, "each the other's world
entire," are sustained by love. Awesome in the totality of its vision, it is an
unflinching meditation on the worst and the best that we are capable of: ultimate
destructiveness, desperate tenacity, and the tenderness that keeps two people alive in
the face of total devastation.
The prose is quintessentially McCarthy: spare, desolate, unemotional, reserved of
both unnecessary vocabulary and punctuation (he recognized the necessary evil of
periods denoting the end of a sentence. Some contractions are so designated with an
apostrophe, some not. Exclamation points are avoided with the same vigilance as
would be shown to beanies with propellers). Although most English teachers I've
been a captive audience to would consider him Satan incarnate, he still can turn a
phrase of almost unbearable beauty.
Format: PDF
Harga :RM3
Sinopsis:A searing, postapocalyptic novel destined to become Cormac McCarthy'smasterpiece.

Sweet Dreams
Tajuk : Sweet Dreams
A Halle Pumas story.
Getting attacked by some crazed she-devil, complete with claws and fangs, certainly wasn-t on Rebecca Yaeger-s agenda when she agreed to attend a local masquerade. In a few slashing moments, Becky learns things about her friends and the man she loves that she never would have suspected.
When Simon rescues Becky from an unprovoked attack by one of his Pride, he finally confirms what he-s long suspected: she-s his mate. Carrying her off to his home and dressing her wounds gives him the chance he-s been waiting for-to taste her and mark her as his. And she-s far sweeter than anything, or anyone, he-s ever had before.
Just as their problems seem a thing of the past, a strange illness begins to haunt Becky, threatening to turn their sweet dreams into a nightmare.
Format: PDF
Harga :RM3
Sinopsis: A Halle Pumas story.

Bahtera Kasih
Tajuk : Bahtera Kasih
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM13
Sinopsis: Carra Lina suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam. Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan daripada keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova. Kini, pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina? Bagaimana Carra Lina menangani masalahnya. Jika Ichlas datang untuk merebut cinta Carra Lina, adakah dia menerimanya? Tidakkah Ryan cuba memenangi hati Carra Lina dan menjadi seorang lelaki yang terbaik kepada gadis itu?
Badai Di Hati
Tajuk :Badai Di Hati
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM12
Sinopsis: Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah. Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat. Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya. Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paragdima hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.
Selaut Kasih
Tajuk : Selaut Kasih
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM10
Sinopsis: Kasih sayang antara Najihah dan Jeffry ibarat bulan dan bintang. Kebahagiaan rumah tangga mereka umpama laut yang tenang. Janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh. Cinta mereka tidak pernah surut. Namun, ombak resah akhirnya mendamparkan mereka ke pantai dugaan. Najihah diperkosa oleh Faiz, lelaki pendendam yang cintanya ditolak oleh Najihah. Tragedi hitam itu menyebabkan Najihah jadi paranoid. Apatah lagi bila dia disahkan mengandung. Tapi anak siapa? Sebagai suami, Jeffry berusaha memahami perubahan Najihah yang jadi pendiam dan langsung tidak mahu disentuh. Tapi, ego lelakinya sering bertingkah dengan keadaan Najihah dan kemahuan kelelakiannya. Demi kebaikan bersama, Najihah memaksa Jeffry menikahi Sharlini sebagai isteri kedua. Konflik rumah tangga mereka semakin kalut, bila Sharlini bertindak merampas Jeffry sebagai ‘haknya seorang’ kerana kononnya Jeffry adalah bekas kekasihnya yang ‘dirampas’ oleh Najihah. Bagi Jeffry, dalam hatinya cuma ada Najihah...
Saturday, 3 April 2010
Sentuhan Cinta
Tajuk : Sentuhan Cinta
Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM12
Sinopsis: Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu. Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?
Kabus Kasih
Tajuk : Kabus Kasih
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM10
Sinopsis: CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena
Friday, 2 April 2010
Kudamba Bahagia
Tajuk : Kudamba Bahagia
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Terpakai
Harga :RM13
Sinopsis: Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya. Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.
Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.
Ranting Cinta Si Plato
Tajuk : Ranting Cinta Si Plato
Sukar menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah. Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang tertinggal di belakang. Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan Alfian harus dipadam..
Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan..
Terbitan : NB Kara
Kondisi : Terpakai
Harga :RM20
Sinopsis : Tuhan beri beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik.Sukar menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah. Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang tertinggal di belakang. Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan Alfian harus dipadam..
Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan..
Anugerah Cinta
Tajuk : Anugerah Cinta
Terbitan : Alaf 21
Kondisi : Baru
Harga :RM19.90
Sinopsis :NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.
Versus
Tajuk : Versus
“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”
“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
You what?”"
No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO.”
“Minn, I’m dead serious.”
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”
“Back. Off.”
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.
Terbitan : Jemari Seni
Kondisi : Baru
Harga :RM19
Sinopsis :I

II
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”
“Back. Off.”
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.
Rasuk
Tajuk :Rasuk
Terbitan : Buku Prima
Kondisi : Terpakai
Harga :RM15
Sinopsis :Kemudian Haikal terlihat sesuatu yang aneh. Berderau darahnya. Terkejut. Buat sesaat, matanya telah mempermainkannya lagi. Buat sesaat, dia ternampak seseorang menghampiri ibunya. Ibunya yang kini keseorangan dalam rumah. Dan seseorang itu berdiri di belakang ibunya. Berdiri rapat. Sedikit menyendeng. Seakan tersandar...
Pergilah Air Mata
Tajuk : Pergilah Air Mata
Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.
Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.
Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.
Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.
Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.
Terbitan : Kaki Novel
Kondisi : Baru
Harga :RM28
Sinopsis : Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.
Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.
Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.
Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.
Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.
Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)